{"product_id":"dari-singkil-ke-haramayn-jejak-pemikiran-shaykh-abd-al-ra-uf-al-fansuri","title":"Dari Singkil ke Haramayn: Jejak Pemikiran Shaykh ‘Abd al-Ra’uf al-Fansuri","description":"\u003ch3\u003eRidwan Arif\u003c\/h3\u003e\n\u003cp\u003eShaykh ‘Abd al-Ra’ūf al-Fanṣūrī al-Jāwī ialah salah seorang ‘ulama terkemuka Aceh qurun ke-17 yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Alam Melayu. Beliau dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang fiqh (faqīh), pengarang yang prolifik, tokoh pendidikan, ‘ulama Sufi dan khalifah utama tariqat Shaṭṭāriyyah di rantau ini. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBeliau berasal dari Singkil, Aceh Darussalam. Laqab al-Fanṣūrī yang digunakannya adalah kerana Singkil berhampiran dengan Barus (Fansur) yang pada masa itu dikenali sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSelepas mendapatkan pendidikan asas di tanah kelahirannya, Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf meneruskan pengajian ke Asia Barat. Beliau menghabiskan masa selama sembilan belas tahun untuk mempelajari pelbagai cabang ‘ilmu agama di beberapa bandar seperti Doha, Qatar; beberapa bandar di Yaman; Jeddah, Makkah; dan Madinah. Dengan demikian Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf telah berguru dengan ramai ‘ulama di semenanjung Arab dan juga membina hubungan baik dengan yang lainnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam bidang persuratan dan tasawwuf, Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf dipandang sebagai antara pengarang Muslim terawwal dan tokoh ‘ulama Sufi Alam Melayu terkemuka pada qurun ke-16 dan ke-17 di samping Shaykh Ḥamzah al-Fanṣūrī (w. 1016\/1607), Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī (w. 1039\/1630) dan Shaykh Nūr al-Dīn al-Rānīrī (w. 1068\/1658).\u003c\/p\u003e","brand":"Akademi Jawi","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":45779587858608,"sku":"11470","price":30.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0343\/8283\/9944\/files\/DariSingkilkeHaramayn_FC.jpg?v=1793856304","url":"https:\/\/peacemeal-malaysia.myshopify.com\/products\/dari-singkil-ke-haramayn-jejak-pemikiran-shaykh-abd-al-ra-uf-al-fansuri","provider":"Peace Meal","version":"1.0","type":"link"}